Pages

Thursday, May 15, 2008

aakamis Ternak




aakamis Ternak merupakan sebuah kawasan ternakan kambing pelbagai baka seperti kacukan Boer, Saneen, Anglo-Nubian dan Jamnapari. Kawasan ternakan ini terletak di Kampung Sungai Batu, Jalan Sultan Tengah, Santubong, Kuching, Sarawak. 

Kami lima lelaki bersaudara telah memulakan usaha pemeliharan kambing secara kecil-kecilan di atas tanah seluas 1/2 ekar yang berbentuk segitiga. Keadaan tanah yang lucu dan keluasan tanah yang terhad memberi cabaran dalam pengunaan tanah secara optimum.

Apa yang termampu dilakukan adalah cuma dapat membina kandang sepanjang 20 kaki lebar x 60 kaki panjang bagi menempatkan kambing sekitar 90 ekor dan sebuah rumah kediaman.

Kami bermula dengan seekor kambing jantan dan 16 induk betina yang telah bunting.

Pengalaman dalam menternak kambing adalah amat cetek, di mana arwah ayah kami cuma pernah memelihara sebanyak 5 ekor kambing dalam satu masa. Berbekalkan exposure yang terhad itu, kami mencuba penternakan kambing.

Segala maklumbalas daripada sesiapa yang berminat amatlah dihargai.

No comments: