Pages

Monday, May 19, 2008

Hidangan Kambing Karoof Ala Darfur



Yummy, yummy....Inilah dia hidangan kambing karoof ala Darfur. Karoof dipotong halus dan dipanggang dalam kuali. Dimakan dengan sayuran segar serta basal dan jirjir sebagai anti oxidant. Masakan karoof ala Sard juga menyelerakan dan berkuah....





Menikmati karoof pangang hampir setiap hujung minggu menjadi activity yang ditunggu-tunggu, itu pun kalau line clear .....Darfur




Marketing Kambing Ala Penternak Kecil

Perlukah kita risau pasal market kambing???? aakamis Ternak cuma perlu target 4 ekor sebulan untuk cover OPEX. Rasa seronok bila start jual kambing selepas enam bulan beroperasi, itu pun 2 ekor aje.


Lepas Dec 2007, aakamis dapat jual minimum 4 ekor sebulan. Puhhh lega rasanya. Permintaan kambing memang tetap ada, tapi yang tak laratnya nak memenuhi permintaan. Ada yang datang minta sampai 10 ekor seminggu, sebulah dah 40 ekor mana ada kambing sebanyak tu. Bagi permintaan yang dapat dipenuhi, aakamis Ternak tolong pasarkan kambing penternak kecil berhampiran. Sama-sama dapat generate income.....


Orang hari-hari makan, kurang-kurang sebulan sekali makan kambing. Setakat nak jual 4 ekor sebulan tak jadi hal.....Tak ada kambing pakat dengan penternak lain tolong jual kambing dia sekali..Yang penting customers tak lari...

Saturday, May 17, 2008

Nasib Penternak Kambing Kecil

Jan2008

Business model pasal kambing senang nak dapat. Salah satunya dari FAMA sendiri, canggih tapi macam mana nak faham.

Contoh di atas (1000 ekor) sama saja tapi ongkosnya sampai berjuta. Penternak kecil mana ada duit....
Rumusan:
1) Break even lepas 2 tahun.
2) Recover investment lepas 5 tahun.

Business abenda ni....2 tahun baru nak break even, mana tahan....anak kat rumah pun nak makan juga. Apa nak buat:
1) Know your Opex cost sebulan.
2) Target jualan kambing sebulan
3) Barulah tentukan jumlah induk dan penjantan

Contoh yang dicuba....
Opex rm2K
Sale kambing 4 ekor sebulan (rm500/ekor)
Untuk 6 bulan kena ada 24 ekor anak matang yang boleh dijual
24 kali dengan kebarangkalian lahir 0.6, kena ada 40 ekor induk. Penjantan 2 ekor, kira cukup.

Beli induk yang telah mengandung.. cut waiting period 5 to 6 months. aakamis mengambil masa 6 bulan untuk mengumpul 40 ekor induk, itu pun secara slow and steady. Apa yang terjadi..., aakamis Ternak break even lepas setahun. Sale kambing dah cover OPEX, barulah tak pening kepala...

Seorang penternak berkongsi pengalaman beliau "aku dah pelihara kambing 7 tahun sampai sekarang belum break even". Bayangkan nasib pekebun kecil nak maju dapat kambing 10 ekor atau 20 ekor??? Nak cover OPEX pun mungkin tak lepas....Masa inilah pentingnya berpersatuan....

Beliau terpaksa menjual semua kambing sebab tak ada pekerja. aakamis Ternak membeli semua kambing beliau dan menyambung usaha menternak kambing.

Kambing Padang Pasir (Karoof)

Inilah dia kambing padang pasir (karoof). Tengok ekor sampai ke bawah. Species ini makin plastic pun boleh.....

Sorang boleh makan sampai satu kilo...so far tak ada rasa pening kepala...kolestrol level kena check dengan doktor.

Kandang Baru


Feb 2008, kandang baru 8 kaki dari tanah siap dibina...(24 kaki lebar kali 50 kaki panjang) untuk 100 ekor,.....mungkin kali ini pengudara lebih berkesan.


Nampak sayup kandang pertama, kita orang dah simen bawah kandang dan nampak berkesan..Tiada lagi kambing mati secara mengejut (sudden death). Sekarang nak monitor keadaan kambing waktu musin hujan (Oct-Dec)....monsoon

Amboi happy nampak...kurang stress ke kat rumah baru...


Rumah Pencen atau Kandang Kambing

Nov 2007, kawasan tanah sebelah siap diratakan. Panorama belakang Gunung Santubong sungguh mengaysikkan...Nak buat kandang kambing ke atau buat rumah pencen.....Nampak awan putih yang ditampan teguh oleh puncak Gunung Santubong....sejuk...

Nampak paras air dalam parit cuma beberapa inci sahaja...air laut....takut....



Cantik pulak kawasan bukit kat sebelah belakang tu...


Kawasan kandang diratakan bagi memastikan air yang pasang surut cepat mengalir keluar..begitu juga air hujan...


Tuan tanah sebelah yang memahami....terima kasih banyak-banyak


Friday, May 16, 2008

Phase Dua


September 2007, aakamis Ternak telah melangkah setapat lagi dengan memdapatkan tapak tanah bersebelahan.
Kini aakamis Ternak mempunyai keluasan tanah seluas emapt ekar.
Nampak seronok sikit sebab tanah tiga segi nampak terlampau lucu.
Dengan adanya tanah seluas itu maka masterplan yang lebih teratur dapat diilhamkan.
Dua ekar tanah untuk penanaman rumput dan selebihnya bagi tapak kandang kambing.......
Tengok plan macam okey tapi bila ya boleh sampai ke tahap itu....

Thursday, May 15, 2008

Kandang Pertama (Air Oh Air)

Ku sangkakan panas sampai ke petang tapi banjir setiap hari.........

Air laut pasang surut setiap hari, membuat kawasan kandang becak hampir setiap hari. Tindak balas air kencing dan najis kambing ke atas air masin memberi pengajaran yang amat mendalam dan berguna.

Pengwapan ammonia ke atas kambing yang berada lima kaki di atas paras tanah, boleh menyebabkan kadar kematian anak kambing (20 ekor) serta induk betina (10 ekor). Kalau jantung tak kuat alamat boleh mendapat sesak nafas yang kronik........

Orang berduit nak buat ladang kambing, spend sejuta tapi duit kat bank 10 juta. Segala cabaran yang datang dapat diatasi dengan senang hati. Ini projek kecil-kecilan, duit habis pocket kosong, nasib baik tak kena sakit jantung..

Pengalaman yang berguna...orang kampung kalau tengok sampai 30 ekor kambing mati, mulalah kata ada penunggulah...hantulah...bekas kawasan sungai dan berbagailah.

Kita sebagai manusia cuma dapat berusaha..cuma Allah yang menentukan segalanya. Kalau betul usaha tu maka berjayalah mengatasi masalah yang mendatang....

aakamis Ternak




aakamis Ternak merupakan sebuah kawasan ternakan kambing pelbagai baka seperti kacukan Boer, Saneen, Anglo-Nubian dan Jamnapari. Kawasan ternakan ini terletak di Kampung Sungai Batu, Jalan Sultan Tengah, Santubong, Kuching, Sarawak. 

Kami lima lelaki bersaudara telah memulakan usaha pemeliharan kambing secara kecil-kecilan di atas tanah seluas 1/2 ekar yang berbentuk segitiga. Keadaan tanah yang lucu dan keluasan tanah yang terhad memberi cabaran dalam pengunaan tanah secara optimum.

Apa yang termampu dilakukan adalah cuma dapat membina kandang sepanjang 20 kaki lebar x 60 kaki panjang bagi menempatkan kambing sekitar 90 ekor dan sebuah rumah kediaman.

Kami bermula dengan seekor kambing jantan dan 16 induk betina yang telah bunting.

Pengalaman dalam menternak kambing adalah amat cetek, di mana arwah ayah kami cuma pernah memelihara sebanyak 5 ekor kambing dalam satu masa. Berbekalkan exposure yang terhad itu, kami mencuba penternakan kambing.

Segala maklumbalas daripada sesiapa yang berminat amatlah dihargai.