Pages

Friday, December 9, 2011

Tanaman Herba - Misai Kucing

aakamis Ternak melangkah setapak lagi dalam menambah koleksi tanaman herba kerana berjaya mencambahkan Misai Kucing. Ia adalah tanaman herba yang tahan lasak dan mudah untuk dicambahkan dari tanaman tunas.

Khasiat Misai Kucing difahamkan dari daunnya yang dipercayai digunakan untuk mengawal masalah kencing manis dan batu karang. Bila diamati daun Misai Kucing ini agak rengang-rengan dan memerlukan jumlah pokok yang banyak untuk mendapatkan daun yang dikehendaki. Tidak diketahui, samada batang dan bunga Misai Kucing mengandungi khasiat bagi kegunaan masalah kencing manis?

Terdapat beberapa artikel mengatakan batang dan bunga diracik dan dicampur dengan daun Misai Kucing untuk menambah berat timbangan. Tindakan mencampurkan batang, bunga dan daun menjadikan keberkesanan khasiat Misai Kucing menurun. Untuk memastikan keberkesanan Misai Kucing, pastikan cuma daunnya saja digunakan.

Jika Misai Kucing mampu mengawal masalah kencing manis, maka tiadalah perlu khuatir untuk menikmati minuman teh, kopi dan milo berserta dengan gula. Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan kepada pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan. Nama saintifik Misai Kucing adalah Orthosiphon Stamineus.

No comments: