Pages

Tuesday, September 18, 2012

Biri-Biri di Kuching


Bagi memenuhi permintaan kambing biri-biri di Kuching, aakamis Ternak telah mencuba koleksi ternakan.  Nampak biri-biri adalah ternakan yang tahan lasak dan kena dibiarkan berkeliaran meragut rumput.

Terpampang pemandangan yang menghiburkan bila melihat biri-biri meragut rumput.  Tapi yang tak tahannya, kena sediakan padang ragut yang berpagar.  Kalau tidak alamat habis tanaman-tanaman dimakannya....

Kandang Kambing Renovation


Zaman serba maju, bukan setakat rumah kediaman yang boleh kena renovation, kandang kambing pun boleh buat renovation.  Pembangunan semula kandang kambing telah selesai sebelum hari raya, Ogos 2012.  Cuma    pindah bersebelahan dengan tapak lama, yang kat sebelah kiri tu.

Harapan semoga usaha ini akan mendatangkan hasil yang berkat dan berjaya.  Kandang yang tingginya enam kaki dari paras tanah, diharap dapat memberi pengudaran yang lebih sempurna.

Tuesday, May 29, 2012

Ada Serupa Tak Ada



Berapa lama sesebuah kandang kambing dapat bertahan?  Kandang yang siap dibina pada February 2008 cuma dapat bertahan 3 tahun sahaja.  Benarlah kata orang tua-tua,"Ada Serupa Tak Ada".  Ada kandang kambing macam nie pun serupa tak ada.  Dah jadi macam keropok.

Friday, April 27, 2012

Lokasi aakamis Ternak

Kepada sesiapa yang ingin megunjungi aakamis Ternak, mudah aje....
Dari Bandaraya Kuching, lepas Jambatan Santubung, belok ke kanan pada selekoh ketiga, lepas tu belok kanan, lepas tu belok kiri.  Jalan lurus jangan belok-belok.  aakamis Ternak di selah kiri jalan...

Monday, December 26, 2011

Tanaman Herba - Papermint dan Spearmint

aakamis Ternak telah berjaya mencambahkan Papermint dan Spearmint. Selain memiliki warna yang segar dan bercitarasa unik, daun mint ternyata memiliki beragam manfaat bagi dunia kesihatan. Daun mint yang kerap digunakan sebagai bahan campuran makanan dan minuman ini memiliki kemampuan 'mendinginkan' yang dipercaya dapat membantu merangsang kerja saraf dan meningkatkan mood.

Aroma daun mint sangat baik untuk sistem pernafasan dan juga dapat mengatasi cegukan yang mengganggu serta meringankan gejala influenza.Daun mint yang dikenal di berbagai Negara seperti India, Timur Tengah dan Eropa ini memiliki banyak variasi, diantaranya : peppermint, pineapple mint, pennyroyal, foxtail, spearmint, dan lain sebagainya.

Berikut adalah macam-macam khasiat daun mint bagi kesihatan :
· Memperlancar kerja sistem pencernaan
· Mampu membuang toksin dan racun dalam tubuh
· Mengurangi perkembangan bakteri dan jamur dalam tubuh
· Kandungan anti-jamur nya mampu mengatasi penyakit asma dan masalah alergi
· Memutihkan gigi dengan cara menggosok daun mint yang telah dihancurkan ke permukaan gigi
· Mengatasi masalah sakit kepala seperti migraine
· Mengatasi cegukan dengan cara menghirup aroma air hangat rendaman daun mint
· Mengatasi penyakit influenza
· Merelaksasikan fikiran dan tubuhKandungan phytonutrient (perllyl alcohol) dapat membantu mempertahankan kondisi usus besar , kulit dan paru-paru dari penyakit kanker (pfa).

Papermint agak mild dan menjadi pilihan saya, tetapi kepada pengemar mint yang kuat Spearmint adalah pilihan mereka.

Friday, December 9, 2011

Tanaman Herba - Misai Kucing

aakamis Ternak melangkah setapak lagi dalam menambah koleksi tanaman herba kerana berjaya mencambahkan Misai Kucing. Ia adalah tanaman herba yang tahan lasak dan mudah untuk dicambahkan dari tanaman tunas.

Khasiat Misai Kucing difahamkan dari daunnya yang dipercayai digunakan untuk mengawal masalah kencing manis dan batu karang. Bila diamati daun Misai Kucing ini agak rengang-rengan dan memerlukan jumlah pokok yang banyak untuk mendapatkan daun yang dikehendaki. Tidak diketahui, samada batang dan bunga Misai Kucing mengandungi khasiat bagi kegunaan masalah kencing manis?

Terdapat beberapa artikel mengatakan batang dan bunga diracik dan dicampur dengan daun Misai Kucing untuk menambah berat timbangan. Tindakan mencampurkan batang, bunga dan daun menjadikan keberkesanan khasiat Misai Kucing menurun. Untuk memastikan keberkesanan Misai Kucing, pastikan cuma daunnya saja digunakan.

Jika Misai Kucing mampu mengawal masalah kencing manis, maka tiadalah perlu khuatir untuk menikmati minuman teh, kopi dan milo berserta dengan gula. Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan kepada pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan. Nama saintifik Misai Kucing adalah Orthosiphon Stamineus.

Thursday, September 15, 2011

Tanaman Herba - Stevia






aakamis Ternak mencuba tanaman herba memandangkan sekarang terdapat penyakit kronik yang semakin serius terutama bila usia seseorang meningkat.

Penyakit kencing manis yang mana pengambilan stevia sebagai ganti gula tebu boleh dicuba. Melalui info yang diperolehi Stevia dipercayai mempunyai ciri-ciri seperti tersebut:

1) Pemanis Semulajadi
2) Menurunkan kadar gula dalam darah
3) Melawas kencing
4) Menurunkan tekanan darah
5) Membantu menurunkan berat badan

Cubaan dalam menanam Stevia bukanlah senang kerana kebanyakan anak-anak benih yang cuba ditanam mati. Terpaksa menunggu dua bulan lagi bagi mendapat gambaran sebenar samaada percubaan tanaman Stevia ini berjaya.