Pages

Thursday, September 15, 2011

Tanaman Herba - Stevia






aakamis Ternak mencuba tanaman herba memandangkan sekarang terdapat penyakit kronik yang semakin serius terutama bila usia seseorang meningkat.

Penyakit kencing manis yang mana pengambilan stevia sebagai ganti gula tebu boleh dicuba. Melalui info yang diperolehi Stevia dipercayai mempunyai ciri-ciri seperti tersebut:

1) Pemanis Semulajadi
2) Menurunkan kadar gula dalam darah
3) Melawas kencing
4) Menurunkan tekanan darah
5) Membantu menurunkan berat badan

Cubaan dalam menanam Stevia bukanlah senang kerana kebanyakan anak-anak benih yang cuba ditanam mati. Terpaksa menunggu dua bulan lagi bagi mendapat gambaran sebenar samaada percubaan tanaman Stevia ini berjaya.

Monday, May 19, 2008

Hidangan Kambing Karoof Ala Darfur



Yummy, yummy....Inilah dia hidangan kambing karoof ala Darfur. Karoof dipotong halus dan dipanggang dalam kuali. Dimakan dengan sayuran segar serta basal dan jirjir sebagai anti oxidant. Masakan karoof ala Sard juga menyelerakan dan berkuah....





Menikmati karoof pangang hampir setiap hujung minggu menjadi activity yang ditunggu-tunggu, itu pun kalau line clear .....Darfur




Marketing Kambing Ala Penternak Kecil

Perlukah kita risau pasal market kambing???? aakamis Ternak cuma perlu target 4 ekor sebulan untuk cover OPEX. Rasa seronok bila start jual kambing selepas enam bulan beroperasi, itu pun 2 ekor aje.


Lepas Dec 2007, aakamis dapat jual minimum 4 ekor sebulan. Puhhh lega rasanya. Permintaan kambing memang tetap ada, tapi yang tak laratnya nak memenuhi permintaan. Ada yang datang minta sampai 10 ekor seminggu, sebulah dah 40 ekor mana ada kambing sebanyak tu. Bagi permintaan yang dapat dipenuhi, aakamis Ternak tolong pasarkan kambing penternak kecil berhampiran. Sama-sama dapat generate income.....


Orang hari-hari makan, kurang-kurang sebulan sekali makan kambing. Setakat nak jual 4 ekor sebulan tak jadi hal.....Tak ada kambing pakat dengan penternak lain tolong jual kambing dia sekali..Yang penting customers tak lari...

Saturday, May 17, 2008

Nasib Penternak Kambing Kecil

Jan2008

Business model pasal kambing senang nak dapat. Salah satunya dari FAMA sendiri, canggih tapi macam mana nak faham.

Contoh di atas (1000 ekor) sama saja tapi ongkosnya sampai berjuta. Penternak kecil mana ada duit....
Rumusan:
1) Break even lepas 2 tahun.
2) Recover investment lepas 5 tahun.

Business abenda ni....2 tahun baru nak break even, mana tahan....anak kat rumah pun nak makan juga. Apa nak buat:
1) Know your Opex cost sebulan.
2) Target jualan kambing sebulan
3) Barulah tentukan jumlah induk dan penjantan

Contoh yang dicuba....
Opex rm2K
Sale kambing 4 ekor sebulan (rm500/ekor)
Untuk 6 bulan kena ada 24 ekor anak matang yang boleh dijual
24 kali dengan kebarangkalian lahir 0.6, kena ada 40 ekor induk. Penjantan 2 ekor, kira cukup.

Beli induk yang telah mengandung.. cut waiting period 5 to 6 months. aakamis mengambil masa 6 bulan untuk mengumpul 40 ekor induk, itu pun secara slow and steady. Apa yang terjadi..., aakamis Ternak break even lepas setahun. Sale kambing dah cover OPEX, barulah tak pening kepala...

Seorang penternak berkongsi pengalaman beliau "aku dah pelihara kambing 7 tahun sampai sekarang belum break even". Bayangkan nasib pekebun kecil nak maju dapat kambing 10 ekor atau 20 ekor??? Nak cover OPEX pun mungkin tak lepas....Masa inilah pentingnya berpersatuan....

Beliau terpaksa menjual semua kambing sebab tak ada pekerja. aakamis Ternak membeli semua kambing beliau dan menyambung usaha menternak kambing.

Kambing Padang Pasir (Karoof)

Inilah dia kambing padang pasir (karoof). Tengok ekor sampai ke bawah. Species ini makin plastic pun boleh.....

Sorang boleh makan sampai satu kilo...so far tak ada rasa pening kepala...kolestrol level kena check dengan doktor.

Kandang Baru


Feb 2008, kandang baru 8 kaki dari tanah siap dibina...(24 kaki lebar kali 50 kaki panjang) untuk 100 ekor,.....mungkin kali ini pengudara lebih berkesan.


Nampak sayup kandang pertama, kita orang dah simen bawah kandang dan nampak berkesan..Tiada lagi kambing mati secara mengejut (sudden death). Sekarang nak monitor keadaan kambing waktu musin hujan (Oct-Dec)....monsoon

Amboi happy nampak...kurang stress ke kat rumah baru...


Rumah Pencen atau Kandang Kambing

Nov 2007, kawasan tanah sebelah siap diratakan. Panorama belakang Gunung Santubong sungguh mengaysikkan...Nak buat kandang kambing ke atau buat rumah pencen.....Nampak awan putih yang ditampan teguh oleh puncak Gunung Santubong....sejuk...

Nampak paras air dalam parit cuma beberapa inci sahaja...air laut....takut....



Cantik pulak kawasan bukit kat sebelah belakang tu...


Kawasan kandang diratakan bagi memastikan air yang pasang surut cepat mengalir keluar..begitu juga air hujan...


Tuan tanah sebelah yang memahami....terima kasih banyak-banyak